Volkswagen Lancar Tiguan Allspace Elegance Dan R-Line 4MOTION Secara Rasmi Di Malaysia. Kacak!

Akhirnya Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasminya melancarkan model baharu mereka Tiguan Allspace Elegance dan R-Line 4MOTION yang dipasang tempatan (CKD) di Pekan, Pahang.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2017, model SUV keluaran Volkswagen iaitu Tiguan Allspace berjaya menambat hati ramai pengguna dan mampu terjual sehingga lebih 1.5 juta unit di seluruh dunia. Maka tidak hairanlah jika model Tiguan Allspace telah mewakili 55 peratus daripada jumlah keseluruhan produksi Tiguan.


Umum tahu bahawa model SUV Tiguan Allspace ini merupakan kenderaan dengan tujuh tempat duduk. Apa yang lebih menarik tentang model baharu pada tahun ini adalah ia didatangkan dengan bentuk yang lebih ‘kacak bergaya’ dan mampu memberikan saingan sengit kepada mana-mana kenderaan SUV 7 tempat duduk lain. Lihat sahaja pada panampilan facelift yang lebih elegan dengan tambahan rekaan gril, bampar hadapan dan lampu utama dan jalur lampu LED yang lebih kemas, emblem ‘TIGUAN’ dan logo Volkswagen juga kelihatan lebih ekslusif dan menonjol.

Maka, bagi mereka yang menjalani gaya hidup aktif tetapi masih menginginkan sebuah kenderaan yang selesa untuk keluarga yang agak besar, Tiguan Allspace ini memang tidak akan mengecewakan anda! Ada dua varian yang anda boleh pilih: 1.4TSI Elegance atau 2.0TSI R-Line.

Volkswagen Tiguan Allspace Elegance (1.4TSI):


Volkswagen Tiguan Allspace R-Line 4MOTION (2.0TSI):


Bagi VW Tiguan Allspace Elegance, model ini mengggunakan enjin 1.4L turbo dengan empat silinder dan transmisi DCT 6 kelajuan yang mampu menghasilkan 150 kuasa kuda dan 250 Nm tork. Manakala bagi VW Tiguan Allspace R-Line 4MOTION pula dipacu dengan enjin yang lebih padu – 4 silinder 2.0L turbocaj dengan transmisi automatic DCT 7 kelajuan yang mampu menghasilkan 220 kuasa kuda dan 350 Nm tork.

Selain daripada beberapa kelainan baharu yang ditonjolkan, rekaan dalaman juga turut mempunyai penambahbaikan. Antaranya sistem infotainment Discover Pro dengan saiz 9.2 inci yang boleh disambungkan ke Apple CarPlay atau Android Auto tanpa wayar, kawalan suara (voice control) serta sistem navigasi binaan. Selain itu, aspek keselesaan juga dipertingkatkan dengan tempat duduk suhu aktif (active climate seats) yang mana tempat duduk kereta ini mampu memberikan penyejukan akan pemanasan pada kerusi pemandu dan penumpang hadapan, bersesuaian dengan keadaan cuaca atau mengikut keselesaan mereka.

Bagaimana pula dengan sistem bunyi? Jika anda memilih varian VW Tiguan Allspace R-Line 4MOTION, anda akan turut mendapat sistem bunyi premium Harman Kardon dengan 480-watt dan 10 speakers! Menarik sangat kan?

Untuk pengetahuan, varian Elegance lebih dinamik kerana ia didatangkan dengan empat mode pemanduan iaitu Normal, Eco, Individual dan juga Sport. Selain itu, kedua-dua varian Elegance dan R-Line 4MOTION turut mempunyai tambahan kepada sistem keselamatan mereka dengan penambahan sistem Lane Assist selain mengesan bucu jalan, garis jalan serta bonggol dengan amaran visual serta bunyi sekiranya pemandu tidak memberikan tindakbalas dalam tempoh tertentu (contoh: microsleep).

Dengan sistem yang lebih canggih serta reka bentuk yang lebih elegan, sudah tentu mampu memikat hati ramai bakal pembeli di luar sana kan? Jika anda berminat, boleh terus ke showroom pengedar Volkswagen yang sah di Malaysia atau boleh juga layari https://www.volkswagen.com.my/dealer-locator untuk mengetahui lokasi pengedar yang terdekat dengan anda.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *