![]()
Sebelum kita bercakap tentang OCTANE BOOSTER, anda kena tahu dulu apa itu RON, yang selalunya anda lihat di pam minyak (RON95 dan RON97). RON sebenarnya bermaksud Research Octane Number iaitu gred yang diberikan bergantung kepada kebolehaan minyak itu untuk tahan kepadatan yang lebih tinggi. Jadi secara ringkasnya, semakin tinggi gred RON tersebut, semakin banyak kuasa yang mampu dijana.
Maka, sebab itulah kalau di Malaysia kita dapat lihat kebiasaannya kenderaan mewah atau yang berkuasa tinggi (atau kapasiti enjin lebih 2,500 cc) akan menggunakan RON97. Ini kerana RON95 tidak mampu menahan ‘knocking’ atau ‘auto ignition’ sekali gus boleh merosakkan enjin kereta tersebut dalam jangka masa panjang.
Namun, selepas kita dapat melihat harga minyak lebih-lebih lagi RON97 naik secara mendadak (RM 4.75 seliter pada 14 Julai 2022) maka ramai pengguna yang dahulunya menggunakan RON97 mula beralih kepada RON95. Alamak! Adakah enjin akan cepat rosak nanti?

Jangan risau. Kini anda boleh menggunakan RON95 tetapi mendapat ‘kuasa’ sama seperti RON98. YA! Dengan menggunakan X-1R Octane Booster, RON petrol itu akan meningkat sebanyak 3 nombor. Jadi, sekiranya anda menggunakan RON95 ia akan bertambah menjadi RON 98, dan jika anda menggunakan RON97 ia akan menjadi RON100. Wow!
Tapi, kenapa X-1R selaku penaja kami dengan yakinnya mengaku bahawa X-1R Octane Booster adalah yang TERBAIK berbanding Octane Booster yang lainnya di pasaran? Rupa-rupanya selepas banyak kali dipersoal tentang kehebatan produk ini, X-1R telah membuat ujian makmal di makmal bebas berprestij Intertek-Caleb Brett di Singapura untuk menguji 11 Octane Booster yang berada di pasaran di seluruh Asia Tenggara. (Kenyataan akhbar asal di sini.)
Dalam ujian pertama, EUROLAB menambah 60ml setiap produk kepada 1 liter Petronas Primax 95, dan mengujinya menggunakan protokol ASTM D2699. Hasilnya sangat berbeza. X-1R Octane Booster mampu menyampaikan dua kali ganda jumlah rangsangan berbanding produk lain.
Tetapi yang lebih penting, bagaimanakah Octane Boosters berprestasi dalam aplikasi dunia sebenar? Dalam ujian kedua, EUROLAB mencairkan produk mengikut kadar rawatan disyorkan pengilang bagi pelbagai Octane Booster dalam kenderaan mereka. Untuk ujian ini, Shell 95 RON telah digunakan. Sekali lagi, X-1R Octane Booster, muncul sebagai yang terbaik seperti yang ditunjukkan dalam keputusan makmal di bawah:
| Product | Treat Rate | Boost |
| X-1R Octane Booster | 60ml to 75 litres | 98.4 |
| GAT Oktanbooster | 300ml to 60litres | 97.0 |
| Hardex | 188ml to 50 litres | 97.2 |
| Voltronic G30 | 300ml to 45 litres | 97.5 |
| STP Jet Fuel | 155ml to 94 litres | 96.4 |
| Wynns | 325ml to 70 litres | 96.9 |
| Bluchem | 250ml to 60 litres | 96.0 |
| Petronas Durance | 250ml to 50 litres | 96.4 |
| Total | 250ml to 50 litres | 96.2 |
| Abro | 354ml to 80 litres | 96.0 |
| Johnsens | 355ml to 80 litres | 95.5 |
Bahan Api Ujian: Shell 95, yang diuji pada 95.8 RON
Protokol: ASTM D2699
Makmal: Intertek-Caleb Brett, Singapura
Maka, dalam aplikasi dunia nyata, sebotol kecil X-1R Octane Booster (60 ml) ini boleh meningkatkan satu tangki penuh bahan api sebanyak 3 nombor oktana (RON95 menjadi RON98, RON97 menjadi RON100). Selain itu, X-1R Octane Booster bukan sahaja yang terbaik, malah harganya juga sangat berpatutan dalam pasaran (RM 23) yang mana anda mampu menjimatkan hampir 50% pada bahan api dengan oktana tinggi.
Tapi, jika anda bernasib baik, anda mungkin masih boleh dapatkan X-1R Octane Booster ini pada harga promosi (selagi promosi masih ada). Jadi, dapatkan segera di X1Rasia.com.




