7 TERMASUK BAYI MAUT DALAM NAHAS DI AYER KEROH. TAYAR TRELER JADI PUNCA.

Sumber imej: kosmo.com.my

Siapa sangka perjalanan satu keluarga berakhir dengan tragedi apabila lima daripada mereka terkorban dalam nahas lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara. Kemalangan itu membabitkan sebuah bus ekspres, sebuah MPV Toyota Estima, sebuah Perodua Bezza dan dua buah treler yang melibatkan 40 orang mangsa dengan tujuh daripada mereka meninggal dunia.

Antara mangsa yang terkorban adalah pemandu bas, Noorisnien Khamid, pemandu Toyota Estima, Khairul Izwan Mazupi, isterinya, Fadzlenna Ramli, bapa mertua, Ramli Ab Wahab serta anak bongsu, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, bersama dengan seorang lagi penumpang MPV terbabit dan penumpang bas yang masih belum dikenal pasti.

Sumber imej: kosmo.com.my

Menurut siasatan awal, kejadian bermula apabila tayar hadapan sebelah kanan treler pertama tercabut sebelum dilanggar oleh bas dan hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan. Kemudian, bas itu telah melanggar Perodua Bezza dan bertembung pula dengan sebuah lagi treler dan Toyota Estima yang dinaiki lapan sekeluarga.

Kemalangan tragis itu bukan sahaja mengorbankan nyawa beberapa individu yang terlibat serta berpuluh lagi mangsa yang mengalami kecederaan, malah ia juga turut menyebabkan aliran trafik sesak teruk sehingga berlaku kelewatan selama empat jam dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen  (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berikut merupakan video daripada lokasi kejadian:

@bernamaofficial

Sekurang-kurangnya enam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini. “Mangsa yang maut ialah pemandu bas persiaran serta lima penumpang di dalam MPV, termasuk kanak-kanak,” menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). 📸 Fakri Awang Lah | BERNAMA Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2376505 #BernamaNews #ayerkeroh

♬ Very Sad – Enchan
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *