PEMENANG GRAND PRIZE X-1R RAFFLE 2025 BAWA PULANG SEBUAH PROTON SAGA MC3!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah yang berlaku kepada Encik Farid Asraf dari MBL Proauto Sdn Bhd apabila beliau diumumkan sebagai pemenang grand prize X-1R Raffle Draw 2025, yang mana beliau berjaya membawa pulang sebuah Proton Saga MC3!

Pada 3 April 2026, CEO Nigel McKenzie bersama General Manager Kevin Siripala telah turun padang ke Muar untuk acara penyampaian hadiah kepada Encik Asraf. Majlis berlangsung dalam suasana santai dan meriah dengan kehadiran rakan sekerja serta pihak pengurusan yang turut meraikan kemenangan beliau.

Pihak Automology juga sempat menemubual Encik Asraf bagi mendapatkan reaksi beliau sebagai pemenang. Menurutnya, dia sebenarnya menyertai peraduan raffle draw tersebut tanpa sebarang harapan untuk menang kerana sepanjang hidupnya dia belum pernah memenangi mana-mana cabutan bertuah.

“Saya masuk peraduan ni saja cuba nasib. Bila nama diumumkan, saya terkejut dan ingat kena prank. Tapi bila dapat email rasmi dari X-1R, barulah saya sedar memang betul dan rasa gembira sangat sebab menang Proton Saga MC3,” katanya.

Selain Encik Asraf, terdapat beberapa lagi pemenang bertuah dalam X-1R Raffle Draw 2025 yang turut membawa pulang hadiah menarik seperti pakej percutian bernilai RM5,000, sebuah iPhone 16 Plus, dua buah motosikal, dua buah Smart TV, tiga jam tangan G-Shock, serta tiga voucher AEON bernilai RM300.

Diharapkan lebih ramai akan menyertai peraduan X-1R Raffle Draw pada masa akan datang. Mana tahu, rezeki untuk menang pula selepas ini. Kadang-kadang, satu penyertaan kecil boleh membawa pulang hadiah yang besar.

P/S: Siapa yang belum berjaya menang jangan risau sebab pihak X-1R turut akan adakan peraduan X-1R Raffle Draw bagi tahun 2026 pula!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *