SIS, JANGAN MEMANDU TANPA DASHCAM DEPAN BELAKANG – NANTI MENYESAL!

Pernah tak anda memandu di jalan raya dan tiba-tiba ada sebuah kenderaan yang macam nak cari gaduh tanpa sebab? Adakah kita pernah buat salah dengan dia? Atau dia sengaja cari masalah sebab dia tahu kita adalah pemandu wanita? Jadi, disebabkan kes sebegini kerap berlaku lebih-lebih lagi kepada kaum wanita yang sering memandu seorang diri ke tempat kerja, hantar anak ke sekolah atau travel solo, maka ada satu benda WAJIB yang patut ada dalam kereta anda – dashcam depan dan belakang! Kenapa penting? Jom saya kongsikan kenapa:

- Pemandu Wanita Selalu Kena Tuduh Cuai.
Pernah tak tengah memandu elok-elok, sekali ada kereta depan yang undur kereta dengan sengaja sampai anda ‘tercium’ bumper kereta depan? Lepas tu dia keluar sambil marah-marah dan tuduh anda yang melanggar keretanya pula siap ugut nak buat laporan polis? Kalau anda tidak mempunyai dashcam, mungkin anda akan rasa sedikit takut. Tapi kalau anda ada dashcam depan belakang, tak perlu gaduh mulut siapa betul siapa salah. Tunjuk sahaja dashcam dan video sampai orang tu terus diam!
- Parking Jauh? Tertutup? Bahaya!

- Dashcam Boleh Jadi ‘Bodyguard’.
Zaman sekarang ni, perempuan lebih berani dan ‘independent’ sampaikan kalau nak travel solo atau memandu balik kampung dalam jarak yang jauh keseorangan pun tiada masalah. Tapi anda kena ingat. Jalan raya di Malaysia ni kadang-kadang sangat ‘unpredictable’. Dari lubang gergasi yang ditutup oleh lopak air sampai ke makhluk jalanan yang tiba-tiba melintas? Atau ada kenderaan yang mengikut anda seperti kes wanita yang diikuti lelaki semasa memandu seorang diri di lebuh raya? Sekurang-kurangnya, kalau ada dashcam depan dan belakang, semuanya boleh menjadi bukti untuk pihak polis, insurans atau untuk TikTok!
- Bukti Kukuh Buat Orang Kantoi.
Setiap kali berlaku kemalangan tidak kira kecil atau besar, pasti akan ada aksi tuduh-menuduh siapa betul dan siapa salah. Biasanya kaum wanitalah yang sering menjadi mangsa sebab ada sesetengah wanita yang bila kena tengking sekali terus menggelabah dan menangis ketakutan walaupun dia tak bersalah! Jadi, kalau ada dashcam depan belakang ni, kita ada bukti dan boleh bela diri. Lagipun, perempuan tak pernah salah!

- Sis Boleh Jadi Content Creator!
Di zaman semua benda nak upload dalam media sosial dengan harapan dapat tontonan tinggi, anda perlu ingat bahawa rakaman video dashcam anda juga boleh buat anda jadi content creator segera! Mana la tahu mungkin dashcam anda berjaya merakam detik anak gajah lintas jalan, harimau keluar hutan, orang buat aksi pelik di jalan raya atau pemandangan cantik semasa matahari terbenam? Itu semua boleh jadi content tau!