Bagi peminat kereta dan filem, sudah tentu mereka akan pernah menonton francais Fast & Furious. Filem pertama telah dikeluarkan pada tahun 2001 yang mana mereka hanya fokus kepada karekter utama dan lumba haram. Sejujurnya, filem terawal mereka memang ada lagi logiknya dan memang betul-betul hanya berkaitan lumba kereta semata-mata. Namun lama-kelamaan, jalan cerita dan karekter sering berubah dan jadi semakin mengarut. Dah macam sinetron atau telenovela pun ada. Setuju tak?

Beberapa tahun sebelum ni, mereka pernah umumkan yang siri Fast & Furious mungkin akan berakhir pada siri ketujuh selepas seorang daripada pelakon utama, Paul Walker, meninggal dunia. Tapi tak lama lepas tu keluar lagi siri sambungan. Terkini, francais kesembilan akan dikeluarkan iaitu F9: The Fast Saga yang mana ia bakal ditayangkan pada 25 Jun 2021 di Amerika Syarikat. Tak silap si Han tu dah mati kan. Tapi dalam filem kesembilan ni nampak hidup balik. Selain tu, watak yang baru dikenalkan pula ialah John Cena. Dah bosan bergusti agaknya.

Dalam satu temubual Vin Diesel atau Dominic Toretto mengumumkan yang siri filem itu akan berakhir pada filem ke-11. Iya ke Toretto? Macam belum je. Oleh demikian, disebabkan siri filem ini yang kelihatan tak habis-habis, maka ramai peminat mula buat troll atau meme. Yang mana mereka menampilkan kesemua watak utama dalam Fast & Furious sebagai orang tua. Memang kelakar dan perli habis.

Kesimpulan dia, jangan la percaya yang francais ini akan berakhir pada filem ke-11. Selagi boleh buat duit, selagi itu la pengarah, penerbit dan pihak produksi akan meneruskan buat filem-filem akan datang. Betul tak? Silap-silap francais filem ni akan jadi sampai ke-100 pun tak mustahil. Bagi anda, yang mana satu antara francais filem ni yang jalan cerita dan karekter dia paling bagus?
P/S: Bagi anda yang nak tambah kelajuan atau pickup kereta, apa kata anda cuba guna produk X-1R Octane Booster ni? Memang bertambah prestasi kereta tu.




