Maserati Spyder Baharu: MC20 Cielo. Indah Seperti Awan Biru

MC20 Cielo. Model jentera mewah baharu daripada Maserati yang turut diklasifikasikan sebagai “yang pertama seumpamanya” manakala Forbes.com pula menggelarkan jentera ini sebagai “the sexy supercar”.

Kereta super sport mewah ini bukan sahaja mempunyai nama yang bermaksud langit (Cielo), namun rupa bentuknya yang baharu juga dilihat lebih gah dan elegan. Jika Maserati MC20 mampu memecut daripada 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.2 saat, Maserati MC20 Cielo pula lebih memberikan reaksi ‘wow’ kerana dengan rekaan yang lebih aerodinamik, ia mampu memecut dalam jarak sama dalam masa 3 saat sahaja! Kelajuan paling maksimum pula ialah sekitar 199 mph (320 km/j)!

UBAH RON95 KEPADA RON98. KLIK SINI:



Selain itu, Maserati MC20 Cielo turut mempunyai butterfly doors yang mampu membuatkan sesiapa sahaja akan menoleh berulang kali kerana terpukau dengan rekaannya yang lebih garang dan unik sekaligus akan membuatkan sesiapa sahaja yang memandu jentera mewah ini bangga. Dengan tujuh warna memukau—Acquamarina, Rosso Vincente, Grigio Mistero, Grigio Incognito, Giallo Genio, Bianco Audace dan Blu Infinito—semua warna yang ditawarkan memang sangat hebat!

Selain itu, sebagai tambahan kepada pengalaman pemanduan, prestasi enjin Nettuno tanpa kompromi; nadi MC20 Cielo ialah enjin twin-turbo V6 yang telah dipatenkan oleh Maserati dengan teknologi yang diperoleh daripada Formula 1 yang mana jentera mewah ini mampu mengeluarkan output luar biasa sebanyak 630 kuasa kuda (hp) dalam 3,000 cc anjakan (displacement).

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *