Nak Melancong ke Thailand Naik ETS? Gunakan Panduan Trip Malaysia – Hat Yai

Dah lama rasanya tak pergi bercuti, tetapi inginkan percutian yang santai bersama keluarga. Teringin juga “create memory” bersama anak-anak dengan pengalaman baru. Jadi, untuk posting kali ini, kami akan memberi panduan bagaimana memulakan percutian dengan menaiki ETS ke Hat Yai.


Untuk sesiapa yang belum tahu, tiket ETS boleh dibeli daripada aplikasi KTMB. Daripada app ni, anda boleh beli untuk dua orang, jadi kalau ingin beli untuk empat orang, perlulah buat dua kali transaksi. Harganya berikut:

  • Kuala Lumpur to Padang Besar: RM102 (bisnes) / RM80 (ekonomi)
  • Pulau Pinang to Padang Besar: RM33 (bisnes) / RM27 (ekonomi)

Jika anda sampai ke stesen awal, penumpang kelas bisnes boleh memasuki ruang menunggu VIP sampai saat pelepasan.


Antara Kemudahan yang ditawarkan di dalam servis Kereta Api Elektrik (ETS):

1. Tempat pengecasan
2. Skrin sentuh
3. Wifi percuma
4. Tandas yang besar dan bersih dan surau yang selesa
5. Tempat duduk perseorangan dan berpasangan

Tak kurang juga seperti menaiki kapal terbang, terdapat atendan kereta api yang sentiasa bersedia untuk membantu anda pada setiap masa.


Jika anda lapar, jangan risau. Terdapat hidangan yang sedia untuk dihangatkan di dalam kereta api.

Okay, kereta api dah berhenti dan anda bolehlah turun dan terus ke kaunter imigresen terlebih dahulu sebelum menyambung perjalanan menuju ke sempadan Thailand. 5 minit sahaja anda perlu berjalan ke stesen kereta api Thailand dan membeli tiket kereta api SRT Thailand menuju ke Hat Yai atau Bangkok. Anda juga boleh membuat tempahan awal atas talian di BusOnlineTicket.co.th.

Dari Padang Besar ke Hatyai hanya mengambil masa satu jam sahaja. Tiketnya dalam lingkungan 50 Baht (RM6.65) sahaja.

Berikut merupakan waktu berlepas bagi kereta api Malaysia – Thai :-

Padang Besar – Hat Yai
1. Tren 947 – 7.30 pagi
2. Tren 949 – 2.00 petang

Hat Yai – Padang Besar
1. Tren 948 – 8.55 pagi
2. Tren 950 – 3.40 petang

Terdapat lagi satu pilihan iaitu dengan menaiki van mini dari stesen kereta api Padang Besar ke Hat Yai. Terdapat banyak pemandu yang menawarkan servis pengambilan dan penghantaran penumpang berdekatan stesen kereta api tersebut. Kos untuk seorang penumpang ialah dalam lingkungan 200 Baht (RM25) dan 2,000 Baht (RM250) bagi perkhidmatan kereta sewa untuk 10 orang.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *