Terlihat Nombor Plat ‘Fancy’? Anda Boleh Lapor Segera Kepada JPJ

Semasa sedang memandu di jalanraya, sesekali mesti kita pernah terlihat nombor plat kereta yang ‘fancy’. Sekilas pandang, huruf serta nombor digabungkan dan kelihatan seperti satu perkataan. Contohnya seperti K 155 dan bila digabungkan kelihatan seperti ‘KISS’. Paling popular ialah gabungan seakan nama seseorang dan tak kurang juga ada yang kelihatan seperti ejaan yang pelik. TAH1 pun ada!

Namun, sila berhati-hati jika anda menggunakan nombor plat kenderaan ‘fancy’ sebegini sebab anda boleh dikenakan denda tidak kurang RM 300 dan tidak lebih daripada RM 3,000 mengikut Seksyen 14 (4) APJ 1987. Jika dulu mungkin pihak berkuasa je yang buat kerja, tapi sekarang kita pun boleh jadi ‘mata-mata’ dan melaporkan mana-mana kenderaan dengan nombor plat ‘fancy’ ni kepada pihak berkuasa.

Caranya cukup mudah. Di zaman canggih dan semua orang suka rakam gambar atau video ni, anda cuma perlu rakam gambar kenderaan dengan nombor fancy ni dan hantar ke pusat aduan JPJ iaitu dengan menghantar bukti-bukti ke alamat email aduantrafik@jpj.gov.my
Cukup mudah bukan? Selain kesalahan di atas, anda juga boleh buat laporan sekiranya ada kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan, mengekori kenderaan lain terlalu rapat serta memotong barisan (potong Q).




