Kebelakangan ini, beberapa negeri di Malaysia sudah mula dilandar banjir khususnya di Kelantan, Terengganu dan banjir kilat di Johor.
Bagi pengguna jalan raya, anda mungkin berisiko tersangkut dalam kesesakan trafik, kereta rosak atau paling teruk anda terperangkap dalam kereta ketika banjir! Jadi, apa langkah-langkah yang perlu kita buat?

- Jika anda sudah terperangkap dalam kesesakan trafik dan pada masa yang sama air sudah mula naik, anda diminta untuk bertenang. Jika anda mula panik, anda akan gagal untuk berfikir dengan baik. Kalau nak selamat, jangan panik.
- Buat panggilan kecemasan kepada balai bomba untuk melaporkan kecemasan. Dial 999 dan beritahu lokasi anda.
- Hidupkan lampu hadapan dan lampu tanda bahaya (hazard lights). Ini akan memudahkan kakitangan kecemasan untuk melihat anda atau kenderaan anda.
- Buka tali pinggang keledar dengan segera, termasuk penumpang.
- Buka kunci pintu anda.
- Tanggalkan jaket atau pakaian luar yang meleret atau yang merumitkan pergerakan anda.
- Sekiranya air semakin naik, pastikan anda turunkan tingkap kereta.
- Anda boleh perlahan-lahan memanjat keluar dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi.
- Jika sudah agak terlambat untuk ke kawasan yang tinggi, anda boleh cuba untuk memanjat ke bumbung kenderaan.
- Tunggu bantuan. Jangan cuba untuk berenang melawan arus banjir kerana air banjir kilat sangat kuat dan anda berkemungkinan akan lemas walaupun anda adalah perenang yang hebat.
Related Articles
No comments yet! You be the first to comment.



