Trevo: Jana Lebih Pendapatan Kalau Anda Kongsi Kereta

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (kanan) mencuba aplikasi perkongsian kereta TREVO di pusat TREVO Lighthouse. Turut serta Pengurus Besar TREVO, Susan Teoh (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Mobility Malaysia, Leon Foong

TREVO merupakan sebuah anak syarikat SOCAR Mobility Malaysia yang menawarkan pakej perkhidmatan seakan platform Airbnb versi kereta. Mengikut aplikasi ni, sesiapa pun yang memiliki kereta persendirian boleh menawakan khidmat berkongsi kereta. Khidmat yang turut dikenali sebagai Peer-to-Peer (P2P) ni membolehkan sesiapa sahaja boleh tempah untuk sewa kereta dari ahli berdaftar dengan perkhidmatan TREVO. Wow! Menarik bukan?

Lagi menarik, program TREVO ni akan menyediakan dana sebanyak RM 200 kepada 10,000 hos baru yang mendaftar dengan TREVO, khususnya kepada hos yang berada di Lembah Klang, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak mereka, kesemua kereta yang berdaftar dengan TREVO ni berkemungkinan akan ditempah lebih dari 14 hari sebulan.

Mereka juga turut memberikan pelbagai pilihan harga mengikut jenis kereta anda. Contohnya, Proton Bezza dengan kadar sewa harian sebanyak RM 35/hari, Honda City sebanyak RM 250/hari atau kereta mewah seperti Rolls Royce Ghost sebanyak RM 6,000/hari. Selain itu, anda juga boleh pilih jenis kereta yang anda inginkin, dari sedan, SUV atau MPV.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, turut menggalakkan program ini dilancarkan kerana ia dilihat mampu menjana pendapatan tambahan kepada hos. Menurut beliau lagi, kadar pengangguran rakyat Malaysia semakin bertambah dan rakyat semakin terbeban dengan tekanan untuk membayar ansuran bulanan kereta mereka. Kalau lebih ramai rakyat yang berminat dengan program ni, silap-silap mereka boleh bayar ansuran bulanan kereta hasil dari duit yang dijana melalui program TREVO ni tau.

Ok, macam mana nak jadi hos kepada TREVO ni? Mula-mula anda kena download TREVO App dan daftar dengan menggunakan kod “MOTxTREVO” untuk dapatkan dana RM 200. Kemudian, upload IC dan juga lesen memandu anda. Lepas tu, pastikan anda mempunyai dokumen penting yang diperlukan oleh pihak TREVO. Antaranya ialah geran kereta, gambar cukai jalan kereta anda, “cover note” insuran dan akhir sekali 3 keping gambar luaran (exterior) kereta anda serta 3 keping gambar dalam (interior) kereta anda. Sangat mudah bukan? Apa tunggu lagi? Jom jana pendapatan tambahan melalui program TREVO. Program ni akan berakhir pada 31 Disember 2020 tau. Jangan lepaskan peluang!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *