Mangsa Halang Bomba Alihkan Dahan Hempap Kereta Kerana Ingin Buat Tuntutan

Sumber imej: newswav.com

Satu fenomena hujan batu telah berlaku pada 28 Mac 2023 di sekitar Selangor, khususnya di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan Puchong. Menerusi beberapa rakaman gambar dan video yang tular di media sosial, kelihatan hujan lebat dan hujan batu berlaku di beberapa kawasan. Bukan sahaja kelihatan banyak batu daripada hujan bertaburan di kawasan tersebut malah terdapat banyak pokok seakan mahu tumbang. Memang bahaya!

Sumber imej: siakapkeli.my

Akibat daripada fenomena hujan lebat dan hujan batu itu jugalah, terdapat seorang mangsa pokok tumbang di Kota Kemuning, Shah Alam yang mana kenderaan miliknya hampir ranap dihempap dahan pokok. Namun yang peliknya apabila pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) datang untuk membantu mangsa berkenaan, beliau sebaliknya meminta pihak Bomba agar tidak mengalihkan dahan yang menghempap keretanya.Orang nak tolong tapi dihalang oleh mangsa sendiri. Kenapa pula?

Sumber imej: ms.wikipedia.org

Rupa-rupanya usaha baik pihak Bomba itu dihalang mangsa dengan alasan beliau sebenarnya sedang menunggu pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk datang ke lokasi kejadian. Difahamkan, tujuan utama mangsa melakukan tindakan itu adalah untuk membuat tuntutan kepada pihak MBSA. Jadi, disebabkan itu jugalah pihak Bomba hanya mengalihkan dahan pokok yang berada berhampiran kawasan tempat letak kereta itu sahaja.

Macam tu pula ya? Mungkin mangsa nak tunjukkan bukti nyata bahawa kereta miliknya dihempap pokok kepada pihak MBSA kot. Sebab tu sanggup tunggu MBSA datang selesaikan dan halang Bomba daripada membantu. Sekiranya anda pun ingin buat aduan, boleh rujuk pada gambarajah di bawah:

Sumber imej: Facebook.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *