Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Harga Bermula RM 139,700.
Nampak garang dan gah! Itulah perkataan yang menerpa di fikiran kami saat pertama kali melihat Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition yang baru sahaja dilancarkan pada 4 Ogos 2022 di Pavilion Bukit Jalil. Dilancarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, Mitsubishi Triton – Phantom Plus Edition hanya dihadkan kepada 1,000 unit sahaja dan cuma boleh didapati dalam warna Jet Black Mica.

UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:
Rekabentuk untuk keluaran terbaru ini sememangnya nampak lebih gagah, sekaligus sangat sesuai untuk mereka yang berjiwa lasak tidak kira samada untuk individu bujang atau yang sudah berkeluarga. Kesemua ciri-ciri yang terdapat pada Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition ini sememangnya tidak akan mengecewakan anda, kena pula pada harganya yang sangat berpatutan. Cuma bermula daripada RM 139,700!

Menariknya, Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition ini dilengkapi dengan kit badan dan aksesori tambahan untuk dipadankan dengan trak pikap yang lasak. Dari segi estetik, Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition ini diserlahkan lagi dengan bumbung hiasannya dengan lampu LED dan hiasan bampar depan dan belakang bersama aksen merah (red accent).
Selain itu juga, trak pikap edisi terhad ini juga ditambah lagi dengan pengacuan pintu sisi (side door moulding), bentuan pintu belakang (tailgate assist), acuan pintu belakang (tailgate moulding) PHANTOM dengan spoiler belakang, sports bar dengan kemasan matte termasuk aloi hitam bersaiz 18 inci dengan tayar Yokohama Geolander.
Apabila masuk ke bahagian kabin pula, Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition ini didatangkan dengan tempat duduk kulit yang kelihatan lebih sporty dan dilengkapi dengan permaidani aksen merah. Untuk bahagian infotainment pula, ia dilengkapi dengan Touchscreen Audio bersaiz 9 inci dengan Apple Carplay dan Android Ready sebagai standard.
Jadi, sekiranya anda yang sedang mencari atau ingin memiliki sebuah trak pikap moden, anda boleh terus layari laman sesawang rasmi Mitsubishi Malaysia di https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom/ untuk membuat tempahan. Cepat! Cuma ada 1000 unit sahaja tau!









